Monday, October 6, 2014

Ilaah

Ce mengucap sikit.

Ha!

"Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan disembah melainkan Allah dan Aku bersaksi bahawa Muhammad itu Pesuruh Allah"

Gituuu...

*Clap-clap-clap*

Dah jadi orang islam. Senang tak?

Benar, ada hadis nabi pasal perkara ini. (Check sendiri ya! Kui3)

Ok.

Tengok ni plak!


"Orang-orang A'raab berkata: "Kami telah beriman". Katakanlah (wahai Muhammad): "Kamu belum beriman, tetapi sementara iman belum lagi meresap masuk ke dalam hati kamu berkatalah sahaja: "Kami telah Islam". Dan (ingatlah) jika kamu taat kepada Allah dan RasulNya, Allah tidak akan mengurangkan sedikit pun dari pahala amal-amal kamu, kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani". 


(Surah al-Hujuraat, ayat 14)


Dalam agama kita ini, ada banyak tahapan. Tapi korang kena tahu dan ingat, bahawa menjadi orang Islam itu bukanlah tiket untuk ke syurga begitu sahaja. Janganlah berfikir dengan fikiran orang yahudi yang menyangka mereka adalah golongan pilihan yang pasti akan berakhir di dalam syurga abadi tanpa ada usaha langsung.


Menghayati Syahadah

Ce korang fikir sat. Apa yang membuat Abu Bakar as-siddiq bergegas berdakwah kepada kawan-kawannya dan berjaya mengislamkan sekurang-kurangnya 6 orang yang dijanjikan syurga dalam masa satu hari. Apa yang membuat Mus'ab bin Umair sanggup meninggalkan semua kemewahan harta yang dimilikinya hanya kerana ingin mencelup dirinya dalam agama yang benar ini. Apa yang membuat Talhah bin Ubaidillah mempertahankan Nabi sesungguh-sungguhnya dalam Perang Uhud sehingga sebelah tangannya menjadi lumpuh.

Ya lah. Banyak lah faktornya kan. Tapi, antara sebabnya ialah syahadah mereka. Atau secara spesifiknya ialah kefahaman terhadap perkataan 'Ilaah' dalam syahadah mereka.

Saya teringat kata-kata Ustadh Nouman Ali Khan pada satu hari : 'Ilaah' adalah merupakan perkataan yang mempunyai kata dasar yang berasal daripada perkataan yang membawa kepada kekasih yang paling tertinggi! Manakala perkataan 'habib' ialah perkataan yang merujuk kepada kekasih rank pertama.

Katanya lagi, dalam bahasa arab, mereka sanggup mati demi 'Ilaah' mereka, kerana iya lah, cinta sejati, cinta tertinggi mereka.

Kerana itulah para sahabat dulu-dulu seolah-olah fairy tale. Sanggup buat apa sahaja demi 'Ilaah' dalam syahadah mereka.

Mungkin inilah penyakit saya, anda, dan ummat ini pada hari ini. Allah bukanlah 'ghayah' apatah lagi 'Ilaah'. *Tunduk*

Kita duk sebut "Asyhadu alla ilaaha illallah" paling kurang 9 kali sehari ini pon belum tentu benarnya kan.

Walaubagaimanapun yang penting ialah USAHA ke arah itu. Setiap benda yang kita buat ialah kerana kekasih kita. Kalau dalam cerita, lagu omputeh, lagu koriya, bukan main lagi sanggup buat itu, ini demi kekasih, inikan pula kekasih tertinggi! Sepatutnya ALL-OUT lah kan?

Dan itulah apa yang sahabat buat.

So, apa yang kita perlu buat ialah perbaharui syahadah kita. Setiap hari, bangun pagi, ingatkan diri kita, kita ada 'Ilaah' yang mesti kita sayangi sepenuh hati. Kekasih yang kita mesti elak daripada buat Dia marah pada kita. Kekasih yang selalu kita ingat setiap masa. Kekasih yang sentiasa menjadi sebab kita buat sesuatu, sebab dalam hati kita Dia lah nombor satu.


"Nampakkah (wahai Muhammad) keadaan orang yang menjadikan hawa nafsunya; tuhan (ilaah) yang dipuja lagi ditaati? Maka dapatkah engkau menjadi pengawas yang menjaganya supaya tidak sesat?"

(Surah Al-Furqan, ayat 43)


No comments:

Post a Comment

Ratings and Recommendations by outbrain